Wednesday, 6 January 2016

Bagaimana fizik boleh wujud dalam perubatan?

Untuk post kali ini. jom kita mengenali perkaitan antara fizik dan perubatan. pertama sekali, dalam dunia perubatan, korang mesti kenal doktor sahaja kan? sebab doktor kerja yang paling dekat dengan pesakit, mereka diagnos dan beri ubat pada pesakit. tp, korang pernah dengar x pegawai fizik perubatan? 

   mereka ni la golongan yang aplikasikan fizik dalam dunia perubatan ni. tapi macam mana fizik boleh gabung dengan perubatan sedangkan perubatan semuanya tentang biologi? kita tahu biologi subjek yang menjurus pada bidang perubatan sb dia study pasal sel, mikro-organisma, tubuh badan dan macam2. fizik pula belajar pasal daya, tenaga, pergerakan, dan lagi meluas sbnrnya. mula2 terfikir juga, mungkin kita aplikasikan F=ma, atau daya dalam bidang perubatan? gabungan halaju(velocity), dsb? haha. semua tu first impression saja. 

   sebenarnya fizik yg dimaksudkan adalah fizik yang berkaitan dengan atom, tenaga,gelombang(wave), fizik x-ray, radioaktif, melukis graf, dan sedikit elektrik. haaa! jelas dah skng? tapi mcm mana kita nak aplikasikan benda2 ni dalam perubatan? cuba kita tanya dalam diri kita? mcm mana nak tahu seseorang tu ada masalah di dalam badan selain ambil darah pesakit tu? kita mesti ambil gambar (x-ray) keadaan dalam tubuh dia kan? jadi x-ray diperlukan dalam men-diagnos keadaan tubuh pesakit. ini dari sudut diagnosis (mencari penyakit)

   lagi besar peranan fizik dari sudut rawatan. kalau diberi pilihan, sekiranya seseorang ada tumor d kepala? mana lagi ringan rasanya? sama ada kita bedah buka kepala dia, atau kita bunuh tumor(ketumbuhan) guna x-ray dari luaran sahaja? ok korang mesti pikir, guna x-ray lagi ringan dan tidak menakutkan. dalam sudut rawatan, satu photon (packet of energy) yg berkadar tinggi diperlukan untuk membunuh sel tumor yang membersar d tubuh badan. maksudnya, tenaga ni boleh menghancurkan sel yang jahat. mungkin korang boleh gambarkan dah skng kan peranan tenaga ni. tenaga ni dihasilkan dari mesin yang berkuasa tinggi dari radiofrekuensi yang tinggi. kita panggil dia sebagai mesin LINAC. lebih spesifik (LINAC - linear accelerator). mesin ni wujud dalam bidang radioterapi. mesin ni boleh hasilkan dua jenis tenaga, iaitu photon dan elektron. cuma elektron ni bersifat particulate, ataupun berjasad.

   ok sekarang faham kan. mengapa fizik penting dalam perubatan. korang kena tahu jgk siapa yang mengambil peranan dalam fizik perubatan ini? yang pasti dia bukannya doktor. kerja doktor cuma diagnos (merawat) dan buat rawatan kepada pesakit tu. jadi siapakah dia? jawapannya, pegawai sains (fizik perubatan). kalau korang berminat dalam bidang ni, boleh pohon kos sinaran perubatan (USM kelantan) di peringkat degree, atau fizik perubatan (applied physic) di USM pulau pinang. di peringkat master boleh ambil master in (medical physics). 

   nantikan post akan datang. banyak lagi cerita yang menarik dalam fizik perubatan ni.

*gambar hiasan dari Google image

7 comments:

  1. Assalam.. kamu buat master bidang fizik perubatan ke?
    selain usm, universiti mana lg yg tawarkan kos sarjana fizik perubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usim ada degree fizik gunaan and major in medical physics

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kalau saya degree in physics boleh tak mohon master in medical physics ??ke saya kena blaja degree in medical physic jugak dulu baru boleh mohon

    ReplyDelete
  4. Hi, apa minimum pointer untuk degree in medical physics?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum saya ambik sains fizik usim(sains gunaan)boleh ke saya sambung ke aliran perubatan

    ReplyDelete
  6. Blog ni dah lma ke X beroperasi..tergntung sepi je Ak tgk Solan kat sini ni😂

    ReplyDelete