Monday, 29 June 2015

Apa itu Sinaran Perubatan? tak pernah dengar pun...

Ok first sekali, sy nak kenalkan pd semua, Bachelor Degree of Sinaran Perubatan(Medical Radiation) ini bidang yang berkaitan dengan fizik dan perubatan, gabungan fizik dengan anatomi dalam perubatan. subjek utk dipelajari lebih kurang sama dengan perubatan pada tahun pertama tetapi menjurus kepada bidang kita pada tahun2 berikutnya. Antara benda yg kena fokuskan adalah:

  • Asas Fizik, Atomic Structure
  • Radiation ionizing dan non-ionizing
  • Anatomi dan fisiologi tubuh badan
  • Interaction of radiation through matter
  • Radioterapi, radiologi, dan perubatan nuklear
  • Keselamatan Sinaran
  • Quality Assurance Sinaran
ok. semua tu list point penting dalam bidang ni. so sy harap ramai tak tersasul dengan bidang perubatan atau medical lepas ni. bidang ni jauh beza dengan perubatan yang fokus kepada diagnosis dan rawatan serta pencegahan sesuatu penyakit.

sepanjang pengajian saya selama 4 tahun. kursus ini belajar tentang teori dan praktikal sama banyak. kelebihan pada kursus ini ialah kita akan ada clinical training ke 3 jabatan, iaitu radiologi, radioterapi dan perubatan nuklear. kita akan observe dan bantu staff dalam ketiga tiga department ini. selain itu, kita juga dikehendaki untuk membuat latihan industri dekat mana-mana tempat, sama ada dalam industri atau hospital2 dekat universiti lain atau hospital swasta.

Antara peluang pekerjaan bidang ini adalah, boleh memohon untuk jadi pegawai fizik perubatan (medical physicist) - memerlukan pelajarnya sambung Master dalam medical physics. pelajar boleh memohon kursus lanjutan ini dekat dua universiti ini, USM penang, dan UM. kelebihannya adalah medical physicist berkerja dalam environment hospital tetapi kita tidak diagnos pesakit seperti doktor, kita lebih kepada Treatment Planning Pesakit, QC mesin radioterapi, dan Keselamatan Sinaran.
selain itu, kita boleh berkerja di sektor industri dan company. kita boleh berkerja sebagai application specialist dan QC assessor/engineer.

nantikan entry saya akan datang...

46 comments:

  1. bidang ni,memang fully subjek fizik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih kerana menjenguk blog saya, sbrnya kos ni bukan fully physics. Kalau fully physics ada kos dekat usm penang sains fizik ( fizik perubatan) . Sinaran perubatan ni kat usm kelantan, kampus kesihatan. Kos ni lebih kpd klinikal application, mmg kita akm jumpa clinical environment.

      Delete
  2. assalammualaikum.. saya nk tanya sikit.. sy dulu amek diploma xray..seandainya saya sambung degree sinaran nie, dy related x dgn sy pnya kos dlu.. sy just nk kepastian sebelum sy lepaskn degree yg sy amek skrg nie.. sy bkn xminat k smbung degree x-ray.. tp maybe minat sy lbih kpd fzik..but utk pk masa dpn, sy still mncari bidang yg boleh bawak sy ke sains kesihatan balik.. utk pengetahuan skrg sy amek pure fzik.. n sy ad tnya pd senior sy yg buat prac kat hosp under course pure fzik, pgawai fzik kt hosp ckp student pure fzik nie ssh utk masok bkerja ke bidang x-ray, jd nya sy msih memikirkn utk tukar kos skrg kpd kos sinaran nie.. boleh bg pendapat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. ok mcm ni. sekarang kena tahu minat awk ke arah apa sbrnya. kalau lebih pada physics, tp masih ingin ke sains kesihatan, ada satu jawatan namanya medical physicist, medical physicist ni tak deal dgn patients, tp dia deal dgn physics behind x-ray department, radiotherapy, dan nuclear medicine. tp utk jadi medical physicist, kita kena sambung belajar sehingga ke master level. dari kos awak skng pun boleh, dri pure physics, lepas tu sambung master. tp kalau tak ada plan utk sambung master, kalau awk nk kembali ke sains kesihatan, better awk amik kos medical imaging (UM,UITM), pengimejan radioterapi (UKM). kerana kos sinaran perubatan tidak ada jaminan utk ke government selepas tamat pengajian. kerana kos ini utk melahirkan pegawai sains, pegawai quality assurance dan radiation protection. tetapi kos ini sama seperti kos yg sy sebut di atas, sepanjang pengajian ada klinikal mcm biasa. jikalau ada apa2 persoalan boleh terus email saya terima kasih :)

      Delete
  3. Assalamualaikum.sye nak tnye.klu amik bidang ni ade bnyk menghafal ke mcm biologi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, bidang ni tidak ada perlu menghafal mcm biologi. ada cuma anatomy dan physiology... selebihnya physics.. kalau nk tau lanjut boleh email sy ya... fahrizwan@gmail.com

      Delete
  4. Hi. May I know what is the difference between medical radiation and diagnosis imaging& radiotherapy? Are they both the same and just different in terms of the term used?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello xuan, ok. first of all, medical radiation we learn all departments include radiology, radiotherapy, and nuclear medicine, while diagnosis imaging and radiotherapy in UKM will focus on either radiotherapy or radiology during their 6th semester until last if i not mistaken. but if you wanted to be a radiographer u should choose UKM, because USM does not have a certificate to become a radiographer like UKM does. USM train their student in clinical environment to be a medical physicist . if u want to ask more, you can email me at fahrizwan@gmail.com

      Delete
    2. Ohh get it! Thanks for taking some time off to reply my question :)

      Delete
    3. you are welcome :) anything you can contact me at fahrizwan@gmail.com

      Delete
  5. if i dont like physic but i like chemistry, cant i choose this coarse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think no. because physics is dominant in this course. not too much chemistry , only a little. like study the composition of x-ray film

      Delete
  6. if i dont like physic but i like chemistry, cant i choose this coarse?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Im going to further study dalam bidang sinaran perubatan. Adakah graduan dalam bidang ini senang untuk mendapatkan pekerjaan ?

    ReplyDelete
  9. salam nak tanya memang banyak belajar phy ke dalam bidang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so sorry for late reply. saya jarang buka blog dah skng...
      dlm kos ni mmg benyak belajar fizik dan klinikal aplikasi dlm perubatan... mostly fizik yg berkaitan radiasi...

      Delete
  10. Salam, senang x untuk score pointer dlm kos ni?

    ReplyDelete
  11. Hi Rizuan,

    I just get an offer to further study on this course. May I know whats the career studying this course? Is it will be sending to government hospital for duty?

    Thanks

    ReplyDelete
  12. Ok. Career of studying this course is medical physicist, quality assurance assessor, application specialist in specified course, and many more in industry. For government, we usually called as pegawai sains. We can try to apply, but, since 2012 the application is not much as we think. So you need to compete

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum, kalau lulusan Ijazah sarjana muda pendidikan fizik untuk sambung bidang sinaran perubatan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak bole saya tahu kenapa nak dri sarjana muda pendidikan fizik ke sinaran perubatan

      Delete
  14. Hi. I'm a graduate from matriculation and i am interested in this course. However, i took module 3 which is computer science, biology, chemistry and maths only. If i applied this in my UPU, is it possible for me to get accepted in this course?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hi there, it is quite hard to get accepted to this course because it need physics in matriculation and SPM

      Delete
    3. thanks shasha for replying. yes you need to have physics and get at least C grade.

      Delete
  15. Hi, apa pointer minimum untuk apply course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello. min try to get between 3.00 - 3.50.. should be ok

      Delete
  16. salam,saya nak tanya apa perbezaan fizik perubatan dan sinaran perubatan?Dari segi peluang pekerjaan,manakah antara dua ini yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih cerah?Sekian,terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fizik perubatan teori fizik agak mendalam. medical radiation praktikal kuat. teori fokus pd physics clinical. peluang kerja sama. ada master advantage

      Delete
  17. hai. betulka after ijazah dalam fizik perubatan we need to further our study peringkat master baru dapat kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye. betul untuk nk jadi medical physicist di sektor swasta. nk masuk spa/gov tak perlu. tp kalau ada kira advantage.

      Delete
  18. Salam.. tumpang tanya tuan, subjek elektif apa yang biasa diambil untuk peluang pekerjaan nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. subjek elektif tak kisah. sb elektif cuma supplementary subjek utk cukupkan kredit hours. saya pernah ambil subjek pengurusan.

      Delete
  19. Salam sy nk tanya, kalau dkt matric sy x ambil physic.. Blh ke sy sambung degree kos nie.. Medical imaging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. fizik adalah subjek yg mesti ada.
      dalam requirement dia tulis:
      1. mathematics/addmath
      2. physics
      3. chemistry or biology

      Delete
  20. klo xsambung degree xde pluang kerja ke bagi kos ni tuan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud sya xsmbung master hehe

      Delete
    2. ada. cuma skng kkm require master medical physics untuk jadi medical physicist di sektor private. sektor kerajaan tak perlu master pun. cuma kekosongan sikit...

      Delete
  21. assalamualaikum nak tanya kalau saya dari diploma mikrobiologi boleh ke saya ambik kos ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. kos ni lebih mengutamakan fizik. kena ada basic physics dan matematik at least.

      Delete
  22. Assalamualaikum , saya pelajar spm . saya kurang mengetahui tentang apa yang disampaikan hahahaha tapi saya tertarik nak ceburi nuclear medicine ni , saya nak tanya subjek apa yang wajib saya fokuskan untuk ceburi semua ni ? boleh share , sorry masih kanak kanak hahahahab thankyou ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. selamat berjaya dik. first kena score physics dan maths/addmaths. biology ada juga tp tak sebanyak yg saya sebut ni.

      Delete
  23. Assalamualaikum, maaf jika soalan saya lari dari topik. Jika saya sambung degree dalam sains nuklear ada tak posibility untuk saya berkeja dalam bidang perubatan?

    ReplyDelete
  24. Boleh kah saya dari degree in Physics nak masuk bidang radiographer? Perlu sijil dari kkm dulu kah encik

    ReplyDelete
  25. apakah perbezaan pengimejan perubatan dan sinaran perubatan?

    ReplyDelete