Wednesday, 7 August 2019

Persediaan kepada pesakit yang akan menjalani rawatan Gamma Knife

Gamma Knife (GK) adalah salah satu kaedah rawatan yang menggunakan radiasi dalam scope yang kecil tetapi dari pelbagai arah. kaedah rawatan GK ni adalah kaedah yang paling selamat untuk merawat tumor serta bermacam jenis tumor yang terhad di bahagian kepala sahaja. kos untuk rawatan ini sekitar rm50k untuk satu rawatan penuh.

   Untuk maklumat pembaca, rawatan GK ni adalah paling simple dan mudah. selepas rawatan selesai pesakit boleh pulang ke rumah selepas nurse dan doktor monitor condition pesakit tersebut. jika pesakit stabil, dia boleh balik terus ke rumah. antara kes kes yang selalu dibuat dalam GK ni adalah berikut:

1. Brain Metastases/ multiple brain mets
2. Meningioma
3. Trigeminal neuralgia
4. Acustic Neuroma
5. Brain Tumor
6. Arteriovenous Malformation (AVM)- memerlukan image angiogram

      Pada hari pertama semasa rawatan bermula. pesakit akan masuk ke ward sehari sebelum rawatan bermula. keesokan pagi pesakit akan dibawa ke jabatan radioterapi untuk berjumpa dengan pakar neurosurgeon. pada awalnya "Headframe" atau frame kepala akan dipasang di kepala pesakit. bius akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa pemasangan frame ini. proses ini dibuat di "preparation room" dan headframe ini dipasang oleh neurosurgeon dan nurse yang bertugas.

"headframe" frame kepala dipasang di fantom yang menyerupai kepala pesakit.
**gambar diambil semasa training

      Setelah selesai pemasangan headframe, pesakit akan dibawa ke bilik pengimejan "imaging room". imbasan MRI kepala pesakit bersama dengan frame diperlukan untuk proses "planning". proses planning ini dilakukan oleh medical physicist. Pesakit akan menjalani proses pengimejan selama kurang dari sejam. setelah selesai proses ini, pesakit akan ke bilik CT scan untuk pengimbasan imej CT. kedua dua image pesakit MRI dengan CT scan amatlah penting untuk medical physicist buat planning nanti..

   Pesakit akan dibawa oleh ward nurse untuk makan tengah hari dan berehat. sementara pesakit pulang ke ward, medical physicist akan membuat planning gambar imej tadi. 

   pertama sekali, Image CT dan MRI akan dihantar ke Gamma Knife software treatment planning yang mana kedua dua image ini akan digabungkan. ianya bertujuan bagi menghasilkan image yang lengkap yang mana image tisu dan tulang jelas pada gambar kelak. Medical Physicist ni seperti arkitek bangunan yang mana mereka melukis plan sesuatu binaan. namun dalam skop physicist, mereka melukis plan bagaimana hendak susun dan ejas dari arah mana radiasi akan tembak tumor/sel kanser tersebut. perkara ini bukan lah mudah, ianya amat rumit dan kritikal kerana terdapat bahagian di kepala yang amat sensitif pada radiasi seperti saraf mata, cochlear telinga, brainstem, sistem saraf dan banyak lagi. ianya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman physicist tu sendiri.

   Setelah selesai planning, pesakit akan dipanggil dan dihantar oleh ward nurse ke bilik rawatan gamma knife. pesakit akan dibawa dan dijemput oleh physicist dan therapist untuk masuk ke dalam bilik rawatan. pesakit akan baring dan kepala pesakit akan dimasukkan pada mesin ini. 

kepala pesakit berserta "headframe" diletakkan pada takuk yang terdapat pada mesin GK
**gambar diambil semasa training

pesakit dimasukkan ke dalam mesin gamma knife.
*gambar dari Google
Sinar gamma mengena tumor semasa sesi rawatan.
*gambar dari Google

Masa bagi proses rawatan berbeza mengikut kes. mengikut pengalaman saya, kes brain mets memerlukan masa yang amat lama. dia boleh memgambil masa sehingga setengah hari - 12 jam. bergantung juga kepada jumlah lesion/tumor yang ada pada kepala pesakit. 

setelah selesai rawatan pesakit akan ke bilik preparation tempat mula2 dia dipasang headframe tu. dan nurse serta neurosurgeon akan buka headframe tersebut dan nurse akan balut kepala pesakit. pesakit boleh pulang rumah setelah mendapat pengesahan dari doktor.
                                          

Di sini saya tulis sequence untuk panduan radiographer jika hendak scan pesakit GK ni.

Sequence Bagi case, 
Brain Mets 
- T1 mprage CE**
- T2 mprage CE_Delay**
pre dan post contrast

Meningioma/Acustic neuroma
- T1 mprage
-T2 ciss 0.6mm
-T1 mprage CE**
-T2 ciss 0.6mm CE**

Brain tumor
- T1 mprage
- T2 TSE 3d
- T2 ciss 0.75mm
- T1 mprage CE**

* rujukan atas ni untuk panduan radiographer dan physicist 
** CE- Contrast Enhance 
     CE_Delay - after 15 minutes of contrast injection                                          




No comments:

Post a Comment