Saturday, 31 August 2019

Apakah itu Radioterapi?

Perkataan 'Radioterapi" mungkin sudah lazim di kalangan kita terutama pesakit kanser yang akan menjalani rawatan ini. Radioterapi sebenarnya adalah kaedah rawatan menggunakan sinar X dengan tenaga yang tinggi. Sinar X ini dihasilkan dari mesin yang dipanggil "LINAC" atau Pemecut Linear dlm bahasa inggeris "Linear Accelerator". alat ini berbeza dengan mesin X-Ray yang selalu kita jumpa semasa "medical checkup". alat x-ray itu hanya mengeluarkan X-ray pada kadar tenaga yang rendah dan tidak membahayakan. manakala X-ray yang dihasilkan dengan LINAC ini bahaya dan memerlukan Plan Rawatan atau "Treatment Planning" sebelum menjalankan prosedur rawatan.


Rawatan Radioterapi untuk prostat kanser.
**gambar diambil dari google

Untuk pembaca yang masih belum arif tentang rawatan radioterapi, gambar di atas salah satu contoh yang mudah untuk faham. bayangkan sinar-x berkadar tenaga yang tinggi menembak kanser di bahagian prostat pesakit itu. sinar-x berkadar tinggi boleh membunuh sel kanser prostat tersebut. kes kanser prostat ini banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki yang sudah berumur melebihi 40 tahun ke atas.

rawatan radioterapi bagi pesakit kanser payu dara.
**gambar diambil dari google

Satu lagi contoh, kes kanser payu dara, kes ni sangat kerap dan kebanyakan kes yang kami rawat. terdapat dua keadaan yang memerlukan radioterapi sama ada sebelum atau selepas pembedahan buang tumor/ketumbuhan. semuanya bergantung dengan keputusan antara doktor dan pesakit tersebut sama ada ingin menjalankan rawatan radioterapi atau pembedahan. terdapat banyak keadaan di mana pesakit mesti, atau diberi pilihan untuk membuang ketumbuhan itu atau hanya membuat rawatan radioterapi dan kimoterapi.

Ada beberapa kes di mana pesakit takut semasa rawatan dijalankan, mungkin kerana takut sebab sakit? sebenarnya rawatan ni "painless" tidak akan rasa sakit langsung, pesakit cuma merasa panas sedikit tapi itu pun untuk rawatan yang memakan masa contoh kanser hidung (NPC). setiap rawatan ada masa rawatan tersendiri bergantung kepada Pelan rawatan yang dibuat oleh Physicist.

Nantikan entry seterusnya berkenaan dengan jenis jenis dan kaedah rawatan radioterapi yang boleh dipilih oleh pesakit.


Wednesday, 7 August 2019

Persediaan kepada pesakit yang akan menjalani rawatan Gamma Knife

Gamma Knife (GK) adalah salah satu kaedah rawatan yang menggunakan radiasi dalam scope yang kecil tetapi dari pelbagai arah. kaedah rawatan GK ni adalah kaedah yang paling selamat untuk merawat tumor serta bermacam jenis tumor yang terhad di bahagian kepala sahaja. kos untuk rawatan ini sekitar rm50k untuk satu rawatan penuh.

   Untuk maklumat pembaca, rawatan GK ni adalah paling simple dan mudah. selepas rawatan selesai pesakit boleh pulang ke rumah selepas nurse dan doktor monitor condition pesakit tersebut. jika pesakit stabil, dia boleh balik terus ke rumah. antara kes kes yang selalu dibuat dalam GK ni adalah berikut:

1. Brain Metastases/ multiple brain mets
2. Meningioma
3. Trigeminal neuralgia
4. Acustic Neuroma
5. Brain Tumor
6. Arteriovenous Malformation (AVM)- memerlukan image angiogram

      Pada hari pertama semasa rawatan bermula. pesakit akan masuk ke ward sehari sebelum rawatan bermula. keesokan pagi pesakit akan dibawa ke jabatan radioterapi untuk berjumpa dengan pakar neurosurgeon. pada awalnya "Headframe" atau frame kepala akan dipasang di kepala pesakit. bius akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa pemasangan frame ini. proses ini dibuat di "preparation room" dan headframe ini dipasang oleh neurosurgeon dan nurse yang bertugas.

"headframe" frame kepala dipasang di fantom yang menyerupai kepala pesakit.
**gambar diambil semasa training

      Setelah selesai pemasangan headframe, pesakit akan dibawa ke bilik pengimejan "imaging room". imbasan MRI kepala pesakit bersama dengan frame diperlukan untuk proses "planning". proses planning ini dilakukan oleh medical physicist. Pesakit akan menjalani proses pengimejan selama kurang dari sejam. setelah selesai proses ini, pesakit akan ke bilik CT scan untuk pengimbasan imej CT. kedua dua image pesakit MRI dengan CT scan amatlah penting untuk medical physicist buat planning nanti..

   Pesakit akan dibawa oleh ward nurse untuk makan tengah hari dan berehat. sementara pesakit pulang ke ward, medical physicist akan membuat planning gambar imej tadi. 

   pertama sekali, Image CT dan MRI akan dihantar ke Gamma Knife software treatment planning yang mana kedua dua image ini akan digabungkan. ianya bertujuan bagi menghasilkan image yang lengkap yang mana image tisu dan tulang jelas pada gambar kelak. Medical Physicist ni seperti arkitek bangunan yang mana mereka melukis plan sesuatu binaan. namun dalam skop physicist, mereka melukis plan bagaimana hendak susun dan ejas dari arah mana radiasi akan tembak tumor/sel kanser tersebut. perkara ini bukan lah mudah, ianya amat rumit dan kritikal kerana terdapat bahagian di kepala yang amat sensitif pada radiasi seperti saraf mata, cochlear telinga, brainstem, sistem saraf dan banyak lagi. ianya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman physicist tu sendiri.

   Setelah selesai planning, pesakit akan dipanggil dan dihantar oleh ward nurse ke bilik rawatan gamma knife. pesakit akan dibawa dan dijemput oleh physicist dan therapist untuk masuk ke dalam bilik rawatan. pesakit akan baring dan kepala pesakit akan dimasukkan pada mesin ini. 

kepala pesakit berserta "headframe" diletakkan pada takuk yang terdapat pada mesin GK
**gambar diambil semasa training

pesakit dimasukkan ke dalam mesin gamma knife.
*gambar dari Google
Sinar gamma mengena tumor semasa sesi rawatan.
*gambar dari Google

Masa bagi proses rawatan berbeza mengikut kes. mengikut pengalaman saya, kes brain mets memerlukan masa yang amat lama. dia boleh memgambil masa sehingga setengah hari - 12 jam. bergantung juga kepada jumlah lesion/tumor yang ada pada kepala pesakit. 

setelah selesai rawatan pesakit akan ke bilik preparation tempat mula2 dia dipasang headframe tu. dan nurse serta neurosurgeon akan buka headframe tersebut dan nurse akan balut kepala pesakit. pesakit boleh pulang rumah setelah mendapat pengesahan dari doktor.
                                          

Di sini saya tulis sequence untuk panduan radiographer jika hendak scan pesakit GK ni.

Sequence Bagi case, 
Brain Mets 
- T1 mprage CE**
- T2 mprage CE_Delay**
pre dan post contrast

Meningioma/Acustic neuroma
- T1 mprage
-T2 ciss 0.6mm
-T1 mprage CE**
-T2 ciss 0.6mm CE**

Brain tumor
- T1 mprage
- T2 TSE 3d
- T2 ciss 0.75mm
- T1 mprage CE**

* rujukan atas ni untuk panduan radiographer dan physicist 
** CE- Contrast Enhance 
     CE_Delay - after 15 minutes of contrast injection