Life is Giving something that is unsure.
Future is infront of us where life is going live.
Meaningful life is something that will undergo circumstances, and obstacles that lead ourself to be the one that useful in a future.
Life is unfair sometimes but, it is the sign of something that God gonna give us better than before.
Sometimes you see people wealthy with their money, but God Doesn't give them a blissful life.
Sometimes you see people sick with their illness, but God give them the highest degree on a Heaven.
Sometimes you see people has not enough to live, but God give then a beautiful family.
Sometimes...
Wednesday, 27 November 2019
Saturday, 31 August 2019
Apakah itu Radioterapi?
Perkataan 'Radioterapi" mungkin sudah lazim di kalangan kita terutama pesakit kanser yang akan menjalani rawatan ini. Radioterapi sebenarnya adalah kaedah rawatan menggunakan sinar X dengan tenaga yang tinggi. Sinar X ini dihasilkan dari mesin yang dipanggil "LINAC" atau Pemecut Linear dlm bahasa inggeris "Linear Accelerator". alat ini berbeza dengan mesin X-Ray yang selalu kita jumpa semasa "medical checkup". alat x-ray itu hanya mengeluarkan X-ray pada kadar tenaga yang rendah dan tidak membahayakan. manakala X-ray yang dihasilkan dengan LINAC ini bahaya dan memerlukan Plan Rawatan atau "Treatment Planning" sebelum menjalankan prosedur rawatan.
Untuk pembaca yang masih belum arif tentang rawatan radioterapi, gambar di atas salah satu contoh yang mudah untuk faham. bayangkan sinar-x berkadar tenaga yang tinggi menembak kanser di bahagian prostat pesakit itu. sinar-x berkadar tinggi boleh membunuh sel kanser prostat tersebut. kes kanser prostat ini banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki yang sudah berumur melebihi 40 tahun ke atas.
Satu lagi contoh, kes kanser payu dara, kes ni sangat kerap dan kebanyakan kes yang kami rawat. terdapat dua keadaan yang memerlukan radioterapi sama ada sebelum atau selepas pembedahan buang tumor/ketumbuhan. semuanya bergantung dengan keputusan antara doktor dan pesakit tersebut sama ada ingin menjalankan rawatan radioterapi atau pembedahan. terdapat banyak keadaan di mana pesakit mesti, atau diberi pilihan untuk membuang ketumbuhan itu atau hanya membuat rawatan radioterapi dan kimoterapi.
Ada beberapa kes di mana pesakit takut semasa rawatan dijalankan, mungkin kerana takut sebab sakit? sebenarnya rawatan ni "painless" tidak akan rasa sakit langsung, pesakit cuma merasa panas sedikit tapi itu pun untuk rawatan yang memakan masa contoh kanser hidung (NPC). setiap rawatan ada masa rawatan tersendiri bergantung kepada Pelan rawatan yang dibuat oleh Physicist.
Nantikan entry seterusnya berkenaan dengan jenis jenis dan kaedah rawatan radioterapi yang boleh dipilih oleh pesakit.
![]() |
| Rawatan Radioterapi untuk prostat kanser. **gambar diambil dari google |
![]() |
| rawatan radioterapi bagi pesakit kanser payu dara. **gambar diambil dari google |
Ada beberapa kes di mana pesakit takut semasa rawatan dijalankan, mungkin kerana takut sebab sakit? sebenarnya rawatan ni "painless" tidak akan rasa sakit langsung, pesakit cuma merasa panas sedikit tapi itu pun untuk rawatan yang memakan masa contoh kanser hidung (NPC). setiap rawatan ada masa rawatan tersendiri bergantung kepada Pelan rawatan yang dibuat oleh Physicist.
Nantikan entry seterusnya berkenaan dengan jenis jenis dan kaedah rawatan radioterapi yang boleh dipilih oleh pesakit.
Wednesday, 7 August 2019
Persediaan kepada pesakit yang akan menjalani rawatan Gamma Knife
Gamma Knife (GK) adalah salah satu kaedah rawatan yang menggunakan radiasi dalam scope yang kecil tetapi dari pelbagai arah. kaedah rawatan GK ni adalah kaedah yang paling selamat untuk merawat tumor serta bermacam jenis tumor yang terhad di bahagian kepala sahaja. kos untuk rawatan ini sekitar rm50k untuk satu rawatan penuh.
Untuk maklumat pembaca, rawatan GK ni adalah paling simple dan mudah. selepas rawatan selesai pesakit boleh pulang ke rumah selepas nurse dan doktor monitor condition pesakit tersebut. jika pesakit stabil, dia boleh balik terus ke rumah. antara kes kes yang selalu dibuat dalam GK ni adalah berikut:
1. Brain Metastases/ multiple brain mets
2. Meningioma
3. Trigeminal neuralgia
4. Acustic Neuroma
5. Brain Tumor
6. Arteriovenous Malformation (AVM)- memerlukan image angiogram
Pada hari pertama semasa rawatan bermula. pesakit akan masuk ke ward sehari sebelum rawatan bermula. keesokan pagi pesakit akan dibawa ke jabatan radioterapi untuk berjumpa dengan pakar neurosurgeon. pada awalnya "Headframe" atau frame kepala akan dipasang di kepala pesakit. bius akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa pemasangan frame ini. proses ini dibuat di "preparation room" dan headframe ini dipasang oleh neurosurgeon dan nurse yang bertugas.
Setelah selesai pemasangan headframe, pesakit akan dibawa ke bilik pengimejan "imaging room". imbasan MRI kepala pesakit bersama dengan frame diperlukan untuk proses "planning". proses planning ini dilakukan oleh medical physicist. Pesakit akan menjalani proses pengimejan selama kurang dari sejam. setelah selesai proses ini, pesakit akan ke bilik CT scan untuk pengimbasan imej CT. kedua dua image pesakit MRI dengan CT scan amatlah penting untuk medical physicist buat planning nanti..
Masa bagi proses rawatan berbeza mengikut kes. mengikut pengalaman saya, kes brain mets memerlukan masa yang amat lama. dia boleh memgambil masa sehingga setengah hari - 12 jam. bergantung juga kepada jumlah lesion/tumor yang ada pada kepala pesakit.
Di sini saya tulis sequence untuk panduan radiographer jika hendak scan pesakit GK ni.
Untuk maklumat pembaca, rawatan GK ni adalah paling simple dan mudah. selepas rawatan selesai pesakit boleh pulang ke rumah selepas nurse dan doktor monitor condition pesakit tersebut. jika pesakit stabil, dia boleh balik terus ke rumah. antara kes kes yang selalu dibuat dalam GK ni adalah berikut:
1. Brain Metastases/ multiple brain mets
2. Meningioma
3. Trigeminal neuralgia
4. Acustic Neuroma
5. Brain Tumor
6. Arteriovenous Malformation (AVM)- memerlukan image angiogram
Pada hari pertama semasa rawatan bermula. pesakit akan masuk ke ward sehari sebelum rawatan bermula. keesokan pagi pesakit akan dibawa ke jabatan radioterapi untuk berjumpa dengan pakar neurosurgeon. pada awalnya "Headframe" atau frame kepala akan dipasang di kepala pesakit. bius akan diberikan untuk mengurangkan rasa sakit semasa pemasangan frame ini. proses ini dibuat di "preparation room" dan headframe ini dipasang oleh neurosurgeon dan nurse yang bertugas.
| "headframe" frame kepala dipasang di fantom yang menyerupai kepala pesakit. **gambar diambil semasa training |
Pesakit akan dibawa oleh ward nurse untuk makan tengah hari dan berehat. sementara pesakit pulang ke ward, medical physicist akan membuat planning gambar imej tadi.
pertama sekali, Image CT dan MRI akan dihantar ke Gamma Knife software treatment planning yang mana kedua dua image ini akan digabungkan. ianya bertujuan bagi menghasilkan image yang lengkap yang mana image tisu dan tulang jelas pada gambar kelak. Medical Physicist ni seperti arkitek bangunan yang mana mereka melukis plan sesuatu binaan. namun dalam skop physicist, mereka melukis plan bagaimana hendak susun dan ejas dari arah mana radiasi akan tembak tumor/sel kanser tersebut. perkara ini bukan lah mudah, ianya amat rumit dan kritikal kerana terdapat bahagian di kepala yang amat sensitif pada radiasi seperti saraf mata, cochlear telinga, brainstem, sistem saraf dan banyak lagi. ianya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman physicist tu sendiri.
Setelah selesai planning, pesakit akan dipanggil dan dihantar oleh ward nurse ke bilik rawatan gamma knife. pesakit akan dibawa dan dijemput oleh physicist dan therapist untuk masuk ke dalam bilik rawatan. pesakit akan baring dan kepala pesakit akan dimasukkan pada mesin ini.
| kepala pesakit berserta "headframe" diletakkan pada takuk yang terdapat pada mesin GK **gambar diambil semasa training |
![]() |
| pesakit dimasukkan ke dalam mesin gamma knife. *gambar dari Google |
![]() |
| Sinar gamma mengena tumor semasa sesi rawatan. *gambar dari Google |
setelah selesai rawatan pesakit akan ke bilik preparation tempat mula2 dia dipasang headframe tu. dan nurse serta neurosurgeon akan buka headframe tersebut dan nurse akan balut kepala pesakit. pesakit boleh pulang rumah setelah mendapat pengesahan dari doktor.
Sequence Bagi case,
Brain Mets
- T1 mprage CE**
- T2 mprage CE_Delay**
pre dan post contrast
Meningioma/Acustic neuroma
- T1 mprage
-T2 ciss 0.6mm
-T1 mprage CE**
-T2 ciss 0.6mm CE**
Brain tumor
- T1 mprage
- T2 TSE 3d
- T2 ciss 0.75mm
- T1 mprage CE**
* rujukan atas ni untuk panduan radiographer dan physicist
** CE- Contrast Enhance
CE_Delay - after 15 minutes of contrast injection Monday, 25 February 2019
Perkongsian hari ini: fakta mengenai iPhone.
Apa benda yang ada dekat iPhone dan tidak ada di android.
- iOS Operating System : software apple yang tidak akan dikongsi dengan android. persoalannya kenapa? sebab hardware dan software integrasi dalam iPhone begitu baik. hardware dan software direka dari company yang sama.
- Disk Cleaner. iPhone tidak memerlukan disk cleaner macam kebanyakan dalam android phone. jadi mengapa ? ini kerana apps yang kita buka dekat iphone secara automatik akan stop dekat background. battery tak drain disebabkan apps running background. manakala, android kita perlukan app cleaner sebab apps running dekat background. kelebihannya bila buka apps tu, dia akan muncul dengan pantas selepas bukan kali pertama.
- iPhone tidak memerlukan RAM (Random Access Memory) yang besar. kalau kita lihat iPhone flagship sekarang iPhone XS MAX hanya pakai 4GB ram. mengapa android phone perlu sehingga 8GB ram ke atas? jawapannya, application management tadi. Android apps bila buka dia akan running dekat background, kalau kita tidak tutup apps tu maka dia sentiasa running dan battery akan drain cepat. dan semakin banyak apps kita tidak tutup, semakin lag telefon tu. tu sebabnya android perlukan RAM besar.
- Close all apps button. jika dibandingkan dengan telefon android, mereka ada function button yang membolehkan apps background untuk dipadan kesemuannya sekali gus. namun, iPhone tidak menyediakan interface tersebut, kita kena buang apps tersebut satu persatu. kenapa? ini kerana, jika kita biarkan apps running dekat background pun, ia tidak akan effect langsung kepada penggunaan RAM, dan battery. tidak ada beza jika kita kill apps dekat background dan biarkan dia running.
Thursday, 21 February 2019
Pilihan antara Android phone dengan iOS apple iphone.
persoalan yang tiada penghujungnya. semuanya bergantung kepada user tu sendiri, kalau sanggup labur ribu2 untuk speed tanpa hiraukan specification phone tu iOS sesuai utk anda, benchmark iPhone flagship (Xr Xs dgn XS max) jauh lagi bagus berbanding android.
kalau mahu labur ribu ribu utk rasa teknologi baru dengan specs besar cth fast wireless charging, camera besar megapixel, reverse wireless charge, RAM 8GB, storage 512GB .. dll boleh tengok model flagship android cth brand huawei dan samsung.
percaturannya berkadar sama rata, 50% speed berpihak pada iphone, dan 50% lagi berpihak pada specs dan invention yang dimenangi oleh android. teringat Stieve jobs ambil quote dari Alan Kay “people who are really serious about software will make their own hardware”. yang mana iOS sekarang fully integrated dengan hardware diorang sendiri, hasilnya file system dengan RAM management jadi lebih teratur dan baik, yang mana hasilnya speed, smooth dan fluent iPhone itu sendiri.
***setelah tengok S10 punya unveil, baru perasan harga telefon sekarang semakin menggilakan.
Subscribe to:
Comments (Atom)





