Perkongsian hari ini: fakta mengenai iPhone.
Apa benda yang ada dekat iPhone dan tidak ada di android.
- iOS Operating System : software apple yang tidak akan dikongsi dengan android. persoalannya kenapa? sebab hardware dan software integrasi dalam iPhone begitu baik. hardware dan software direka dari company yang sama.
- Disk Cleaner. iPhone tidak memerlukan disk cleaner macam kebanyakan dalam android phone. jadi mengapa ? ini kerana apps yang kita buka dekat iphone secara automatik akan stop dekat background. battery tak drain disebabkan apps running background. manakala, android kita perlukan app cleaner sebab apps running dekat background. kelebihannya bila buka apps tu, dia akan muncul dengan pantas selepas bukan kali pertama.
- iPhone tidak memerlukan RAM (Random Access Memory) yang besar. kalau kita lihat iPhone flagship sekarang iPhone XS MAX hanya pakai 4GB ram. mengapa android phone perlu sehingga 8GB ram ke atas? jawapannya, application management tadi. Android apps bila buka dia akan running dekat background, kalau kita tidak tutup apps tu maka dia sentiasa running dan battery akan drain cepat. dan semakin banyak apps kita tidak tutup, semakin lag telefon tu. tu sebabnya android perlukan RAM besar.
- Close all apps button. jika dibandingkan dengan telefon android, mereka ada function button yang membolehkan apps background untuk dipadan kesemuannya sekali gus. namun, iPhone tidak menyediakan interface tersebut, kita kena buang apps tersebut satu persatu. kenapa? ini kerana, jika kita biarkan apps running dekat background pun, ia tidak akan effect langsung kepada penggunaan RAM, dan battery. tidak ada beza jika kita kill apps dekat background dan biarkan dia running.

